Pembangunan Pelajar MRSM dirancang untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berpengetahuan luas, tahu dan jelas dengan bakat yang dimiliki, mampu mengembangkan potensi diri dan seterusnya berupaya menyelesaikan dan menangani masalah yang dihadapi. Pembangunan pelajar terbahagi kepada dua aspek iaitu pembangunan pelajar dan perkembangan pelajar.