PENGENALAN

Jabatan Sains MRSM Tun Ghazali Shafie  dianggotai oleh 10 orang tenaga pengajar dan 10 orang tenaga sokongan yang terdiri daripada 4 orang pembantu makmal dan 6 orang pembantu am rendah (makmal). Jabatan ini diketuai oleh seorang ketua jabatan iaitu En Mohd Faisal bin Yusof dan dibantu oleh 9 orang guru matapelajaran Fizik, Biologi dan Kimia serta Sains Men Rendah  dan juga seorang ketua unit makmal. Jabatan Sains pula mempunyai 3 buah bilik Makmal Fizik,  3 buah bilik Makmal Kimia ,  3 buah bilik Makmal Biologi dan 3 buah makmal Sains.

 

MATLAMAT

  • Membimbing Pelajar Ke Arah:
  • Kecemerlangan Akademik
  • Kesempurnaan sahsiah
  • Ketakwaan kepada Yang Maha Esa (Allah SWT)

 

OBJEKTIF

  • Mewujudkan pengurusan Jabatan Sains yang berkesan
  • Mempastikan pengajaran subjek Sains tulen dapat dijalankan seiringan dengan perancangan yang ditetapkan
  • Mempastikan tugasan yang dipertanggungjawabkan dilaksanakan sesempurna yang mungkin
  • Memantau agar persefahaman serta 'love and care' sentiasa berlaku sesama unit, sesama guru, guru dengan kakitangan makmal, sesama kakitangan makmal, guru dengan pelajar dan sesama pelajar
  • Mempastikan moto jabatan ' Kerja Teliti 'Collaboratively' Hasil berkualiti ' menjadi realiti