PENGENALAN


Sejajar dengan era globalisasi kini , kita perlu melaksanakan corak pendidikan yang menyeluruh dengan menekankan kepada pendidikan ke arah melahirkan pelajar yang Bijaksana, Islah/Ilmiah,Taqwa, Amal, RajululA'mal/Usahawan dan Atqan/Kualiti. Komitmen yang tinggi daripada semua pihak perlu untuk mengubah paradigma tersebut. Jabatan bahasa terbahagi kepada dua unit iaitu Jabatan Bahasa Melayu dan Jabatan Bahasa Inggeris.

OBJEKTIF

  • Mengeluarkan para pelajar yang mencapai kecemerlangan akademik yang    tinggi dengan penekanan kepada pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
  • Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, bertanggungjawab, berketerampilan, berdaya saing dan bersahsiah tinggi.
  • Memupuk semangat kerjasama dan tolenrasi diantara guru untuk mewujudkan budaya kerja yang cemerlang.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

 

STRATEGI

  • Menunjukkan sikap ,persepsi yang positif serta berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam setiap bahasa yang dipelajari.
  • Meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar.
  • Memastikan pelajar meningkatkan pengetahuan am dan hal-hal semas.a  
  • Memastikan pelajar cekap berbahasa agar mereka boleh berkomunikasi dengan berkesan secara lisan atau bertulis.
  • Memastikan pelajar dapat berbicara, berpidato, berhujah, mengulas dengan kritis dan analitis.
  • Mempastikan pelajar dapat melahirkan fikiran dan perasaan/pendapat tentang ilmu pengetahuan, hal-hal persendirian dan kemasyarakatan.
  • Meningkatkan penggunaan ICT dalam penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran (penggubalan Modul Pengajaran).
  • Mewujudkan kerjasama dan budaya muafakat antara ahli-ahli.