PENDAHULUAN

Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia ( MUAFAKAT ) ditubuhkan bagi menggantikan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG ) di Maktab Rendah Sains Mara yang dikhususkan kepada sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran mulai tahun 1998.

Dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh Yang Dipertua-Yang Dipertua PIBG dan  Pengetua-pengetua MRSM / Kolej Mara seluruh Negara sempena dengan sambutan Hari Guru MARA pada 18 Mei 1999 di Kolej MARA Seremban, dicapai kata sepakat untuk menubuhkan Jawatankuasa Penaja yang ditugaskan untuk merangka perlembagaan MUAFAKAT dan mengkaji hal- hal yang berkaitan dengan penubuhan persatuan termasuk dari segi undang- undang.

MUAFAKAT telah diluluskan pendaftaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada 4 Januari 2001.

Mesyuarat Agung yang pertama telah diadakan pada 28 Jun 2003 di Auditorium MARA Kuala Lumpur. Mesyuarat Agung sebelum ini diadakan pada 28 Jun 2009 di Dewan Seri Negara, Ayer Keroh Melaka.

Di MRSM Tun Ghazali Shafie, Badan Muafakat ditubuhkan pada tahun pertama penubuhan MRSM Tun Ghazali Shafie iaitu pada 11 Mac 2003 dan mesyuarat Agung yang pertama telah diadakan pada tahun 2004. 

 OBJEKTIF

Mengadakan satu forum dan perkhidmatan kebajikan dan kemajuan pelajar di MRSM Tun Ghazali Shafie.

Membantu dan menambah usaha MRSM Tun Ghazali Shafie bagi memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan dalam kegiatan yang dijalankan di maktab.

Membolehkan ibu bapa, guru dan pelajar MRSM bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan.

Memberi peluang kepada ibu bapa, guru dan bekas pelajar MRSM berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara meningkatkan taraf pendidikan pelajar-pelajar MRSM.

Mengukuhkan permuafakatan ibu bapa dan bekas pelajar di peringkat cawangan dan kebangsaan.

Melaksanakan aktiviti ekonomi bagi membolehkan ibu bapa, guru dan bekas pelajar mewujudkan dana dan menyalurkannya bagi membantu aktiviti di MRSM.

 PERANAN MUAFAKAT

Membantu Pihak Maktab sama ada dari segi kewangan, tenaga, kepakaran dan idea bagi mencapai wawasan pendidikan negara.

Membantu pihak maktab menyediakan pembangunan prasarana yang sesuai dan tertumpu kepada pelajar-pelajar demi keselesaan mereka.

Membantu MRSM menangani masalah disiplin dan salah laku serta membantu berikhtiar memurnikan disiplin dan akhlak pelajar.

Membantu MRSM melakukan aktiviti kebajikan dengan memberi sumbangan sama ada wang, semangat, idea dan lain-lain kepada pelajar yang memerlukan.

Membantu MRSM bagi meningkatkan martabat profesion keguruan MRSM khasnya dalam urusan kebajikan mereka.

Membantu MRSM mewujudkan hubungan yang rapat dan harmoni antara guru, ibu bapa, bekas pelajar dan masyarakat kearah meningkatkan pendidikan MARA.

 


JAWATANKUASA BADAN MUAFAKAT SESI 2017/19

 

Berdiri dari kiri:
En. Shafie Bin Ibrahim, En. Md. Rosli Bin Nabor, Ustaz Mohd Zaki Bin Hamat, En Shaiful Hasme Bin Mohamad (TPHEK), En. Hussaini Bin Hj. Ibrahim, En. Ahmad Bin Mohd Yusof, En. Megat Ismail Bin Mohd Salim, Pn. Aziatul Ikma Bt Ahmad, Pn. Nur Mulia Bt Zakaria, Pn. Nor Madiyana Bt. Musa.

Duduk dari kiri:
En. Adnan Bin Deraman (TPHEP), Pn. Arifah Ilyana Bt Abdul Rahman (Pengetua), Tuan Hj. Hamdan Bin Dilu (Yang Dipertua), En. Mohd Rosli Bin Mat Yusof (Naib YDP), En. Alias Bin Ramli (TPHEA).

 

AKTIVITI TAHUNAN 2017

Tarikh

Program

Penerangan

Jun 2016 hingga April 2017

Bayaran Water Dispenser Asrama Putera dan Puteri

Menyumbangkan bayaran Water Dispenser Asrama Putera dan Puteri setiap bulan

17-18 Jun 2016

Mesyurat Agung Muafakat Kebangsaan di Hotel Regency Kuala Lumpur

Menaja bayaran penginapan bagi 2 orang AJK ke Mesyurarat Agung Muafakat Kebangsaan.

Okt 2016

Majlis Solat Hajat & Pohon Restu PT3 dan SPM di surau At-Taqwa

AJK Muafakat menghadiri Majlis Solat Hajat dan Pohon Restu PT3 dan SPM di surau At-Taqwa

Okt 2016

Majlis Graduasi Ting 5 2016

AJK Muafakat menghadiri Majlis Graduasi Ting 5 di DSB

Jan 2017

Benchmarking Jabatan Matematik di MRSM Kuala Krai

Menaja sebahagian daripada bayaran cenderahati kepada MRSM Kuala Krai

Feb 2017

Hari Pendaftaran Pelajar Ting 1 & 4 2017

AJK Muafakat menghadiri Hari Pendaftaran pelajar ting 1 & 4 di DSB. YDP telah menyampaikan ucapan alu-aluan di majlis tersebut.

Feb 2017

'Picnic Homeroom' Tingkatan 1 & 4 sesi 2017

Menaja sebahagian daripada bayaran makanan Program 'Picnic Homeroom' di DSB. Program ini dihadiri oleh sebahagian besar ibu bapa dan guru penasihat homeroom tingkatan 1 & 4.

Mac 2017

SUKMAS (Sukan MARA Semalaysia) 2017

Menyumbang sebahagian daripada bayaran yuran bagi peserta SUKMAS di Perak